Jom buat Diploma di PKE UiTM Penang
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELEKTRONIK) CEEE11 / UE4523001 (3 TAHUN / 6 SEM)
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (KUASA) CEEE112 / UE4522002 (3 TAHUN / 6 SEM)
*Terbuka Kepada Keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli
Syarat Am Universiti
TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, dan Lulus Sejarah
Syarat Khas
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan sehingga menyukarkan kerja-kerja amali termasuk rabun warna.
Untuk Lepasan SPM
Kepujian dalam Matematik dan SATU (1) daripada mata pelajaran lain.
Lulus D Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan dan DUA (2) lagi mata Pelajaran lain yang masih belum diambil kira.
Untuk Lepasan Sijil Politeknik / IKM / Institusi Lain
Minimum PNGK 2.80
Minimum Gred C pada peringkat Sijil dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Inggeris, Matematik dan Empat (4) mata pelajaran lain
Untuk Lepasan Pra-Diploma UiTM
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra-Diploma Sains atau Pra-Diploma Sains (STEM C & Sastera) dari UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya HPNG 3.00.
Maklumat berkaitan Pra-Diploma: Click HERE
Jika anda tidak melepasi syarat minimum yang ditetapkan, anda boleh memohon untuk masuk ke program Pra-Diploma (6 bulan/1 tahun) terlebih dahulu sebelum memohon ke peringkat diploma.